Cute Angel - Busy Cute Angel Blowing Horn

Bahasa Melayu

Tuesday, October 2, 2012

Karangan


Kepentingan Memelihara Alam Sekitar

       
    Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai,
tumbuh-tumbuhan, dan bukit-bukau. Kita perlu memelihara 
keseimbangan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih akan 
menjadikan kehidupan kita lebih baik.

    Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita. Alam 
sekitar yang terpelihara akan dapat mendamaikan jiwa kita.
Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan tempat 
tinggal. Selain itu, alam sekitar yang tidak  tercemar akan 
dapat menarik kedatangan ramai pelancong.


     Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi 
unsur penting dalam keseimbangan alam. Tumbuh-tumbuhan 
mengeluarkan gas oksigen. Gas oksigen ini diperlukan oleh
manusia untuk pernafasan. Haiwan juga memerlukan tumbuh-
tumbuhan untuk dijadikan sumber makanan.

    Selain itu, bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu 
dipelihara. Hutan tebal yang menghijau dijadikan sebagai 
kawasan tadahan hujan. Kawasan hutan menjadi habitat 
pelbagai jenis haiwan seperti harimau, singa dan gajah.
Aktiviti pembalakan dan pertanian perlu dikawalkan
 agar tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar.

    Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada 
alam sekitar yang perlu dipelihara. Sungai yang bersih 
merupakan sumber air kepada kita. Lautan yang terbertang 
luas menjadi tempat nelayan menangkap pelbagai jenis 
ikan. Kita perlu memelihara sungai dan lautan agar tidak 
tercemar supaya pelbagai jenis ikan dapat terus membiak.

    Sesungguhnya, kita perlu memelihara alam 
sekitar daripada pencemaran. Alam sekitar yang bersih
akan menjadikan kehidupan kita lebih baik. Alam sekitar
yang terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai 
kepada generasi akan datang.

1 comment:

  1. Terima kasih kerana berkongsi ilmu yang bermanfaat. Teruskan usaha.^^

    ReplyDelete