Cute Angel - Busy Cute Angel Blowing Horn

Bahasa Melayu

Wednesday, December 12, 2012


Kata Seru

1)      Digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang
2)      Contohnya:

Kata Seru
Penggunaannya
Ayat Contoh
Aduh
Menyatakan perasaan sakit atau kagum
a)      Aduh, sakitnya kaki aku!
b)      Aduh, besarnya rumah kamu!
Aduhai
Menyatakan perasaan sedih
c)      Aduhai, malang sungguh nasibku!
ah
Menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu
d)      Ah, aku tidak mahu pergi lagi!
Hai
Menyatakan perasaan hendak menyapa atau menarik perhatian seseorang
e)      Hai, apa khabar kamu sekeluarga!
f)       Hai, di mana kamu selama ini!
Eh
Menyatakan perasaan hairan atau terkejut
g)      Eh, rupa-rupanya ialah kamu!
Nah
Untuk menarik perhatian
h)      Nah, ambillah pen ini!
Oh
Menyatakan perasaan kecewa,hairan,terkejut gembira dan mengharap
i)        Oh, sanggup kamu melukai hatiku!
Wahai
Menyatakan perasaan sedih atau menarik perthatian
j)        Wahai teman, janganlah bersedih lagi!
Wah/Amboi
Menyatakan perasaan hairan atau kagum
k)     Amboi, cantiknya rumah kamu!
l)        Amboi, tingginya lelaki itu!
cis/cih
menyatakan perasaan marah dan benci
m)    Cis, berani dia membuli kamu!
n)      Cih, mereka tidak kenal siapa aku!
Ceh
Menyatakan perasaan tidak puas hati
o)      Ceh,usah membantah kata-kataku ini!
Bedebah
Menyatakan perasaan marah
p)      Bedebah, berani engkau tendang aku!
Syabas
Menyatakan perasaan gembira, puas, memuji atau ucap tahniah
q)      Syabas, akhirnya kamu berjaya juga!
Alahai
Menyatakan perasaan menghina
r)       Alahai, ini pun kamu tidak tahu buat!
Alamak
Menyatakan perasaan terkejut
s)      Alamak, sudah pagi pun!
Ha
Menyatakan perasaan hairan
t)       Ha, kamu yang menang!
Ya-Allah
Menyatakan perasaan terkejut
u)      Ya-Allah, apa akan berlaku nanti!
Masya- Allah
Menyatakan perasaan marah atau hairan
v)      Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu!

2 comments: