Cute Angel - Busy Cute Angel Blowing Horn

Bahasa Melayu

Sunday, December 2, 2012


Contoh Karangan: 

Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Udara

Udara yang bersih amat penting untuk kita menjalani kehidupan yang sihat dan bermakna. Isu pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran udara berada dalam tahap yang amat membimbangkan.Kebimbangan ini menunjukkan bahawa manusia semakin peka akan kesihatan dan alam sekitar. Namun hakikatnya, punca pencemaran udara adalah kerana sikap segelintir manusia yang semata-mata lepas tangan apabila mengejar kemajuan. Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan pragmatik perlu diambil oleh segenap masyarakat untuk mengatasi masalah pencemaran udara.

Salah satu langkah yang paling penting ialah kerajaan perlu mengariskan dan mengaplikasikan undang-undang tegas kepada mereka yang terlibat dalam pembakaran terbuka. Para petani bukan sahaja di negara kita tetapi di negara jiran memilih cara mudah dengan membakar kawasan hutan untuk menebus guna hutan sebagai kawasan pertanian. Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila pembakaran sampah terbuka dilakukan oleh orang awam dan kilang-kilang pula membebaskan gas karbon dioksida secara berlebihan. Kesannya, jerebu yang serius berlaku di negara kita. Oleh itu, pelaksanaan undang-undang oleh kerajaan harus dilakukan secara berterusan dan tidak ‘seperti melepaskan batuk di tangga’.

Selain itu, pengguna kenderaan terutamanya kenderaan berat seperti lori dan bas harus sentiasa memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan tidak mengeluarkan asap hitam yang berlebihan. Begitu juga pengguna kenderaan yang lain, mereka seboleh-bolehnya harus mengamalkan sikap berkongsi kereta apabila ke tempat kerja. Pengurangan penggunaan kenderaan di jalan raya boleh mengelakkan berlakunya pencemaran udara yang serius. Penggunaan kenderaan menggunaakan tenaga elektrik juga boleh mengurangkan pencemaran udara tetapi mungkin mahal namun bak kata pepatah Melayu’hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’.

Di samping itu, program kitar semula yang diuar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu mempertingkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Kepesatan pembangunan negara menyebabkab pembuangan pelbagai barangan walaupun masih boleh digunakan berleluasa. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan semula. Kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Dengan ini, masyarakat tidak akan membakar, membuang dan melupuskan sampah dengan keterlaluan. Sekali gus, pencemaran bau, udara dan air dapat dikurangkan.

Secara tuntas, setiap anggota masyarakat harus peka terhadap kesan pencemaran udara dan bekerjasama memainkan peranan mengekalkan bumi indah ini untuk generasi akan datang. Jadi janganlah mengamalkan sikap menuding jari terutamanya pada kerajaan kerana bumi ini milik kita bersama.

13 comments:

  1. cantik latar belakang blog ! btw karangan ni membantu saya ! :D

    ReplyDelete
  2. cantek blog...thanks 4 this informations

    ReplyDelete
  3. boleh ajar tak cara nak buat blog mcm ni?

    ReplyDelete
  4. Blog ni membantu saya!
    Thanks 4 tis info

    ReplyDelete
  5. Terima kasih krangan ni dpat bntu saya study dan lbih faham

    ReplyDelete
  6. Karangan ini amat membantu saya
    🌸🌸🌺

    ReplyDelete
  7. πŸ˜πŸ˜πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  8. membantu saya banyak...thanks alot

    ReplyDelete
  9. CAN I GET KARANGAN FAEDAH MEMGGUNAKAN BECA

    ReplyDelete
  10. Karangan ini amat membantu untuk membuat karangan yang lebih baik πŸ™‚

    ReplyDelete