Cute Angel - Busy Cute Angel Blowing Horn

Bahasa Melayu

Sunday, November 25, 2012

Ayat Aktif & Ayat Pasif


Ayat Aktif

1)    Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek sebagai pelaku dan objek sebagai penderita
2)    Dalam ayat aktif, kata kerjanya berawalan men-. Contohnya:
a)      Ayah memcuci kereta
b)      Ketua murid menaikkan benderea sekolah
c)      Ibu membasuh baju


Ayat Pasif

1)      Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek sebagai unsure yang diterangkan
2)      Ayat pasif tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua. Contohnya:
a)      Semak samun itu saya tebas
b)      Buku-buku itu perlu kamu baca
3)      Ayat pasif ada yang berawalan di- dan diikuti kata sendi olehserta kata ganti diri ketiga. Contohnya
a)      Kereta dicuci oleh ayah
b)      Bendera sekolah dinaikkan oleh ketua murid
c)      Baju dibasuh oleh ibu
4)      Ayat pasif terbahagi kepada tiga, iaitu:
a)      Ayat pasif diri pertama
b)      Ayat pasif diri kedua
c)      Ayat pasif diri ketiga
5)      Ayat pasif diri pertama ialah ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya
6)      Kata ganti diri pertama aku boleh disingkatkan menjadi ku- dan hendaklah dicantumkan pada kata kerja pasif. Contohnya:
a)      kek itu kupotong
b)      wang itu kusimpan
7)      Kedua-dua ayat aktif dan pasif diri pertama membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza. Contohnya:

Ayat Aktif
Ayat Pasif
a) Saya merendam baju itu
a) Baju itu saya rendam
b) Kami memasuki pondok itu
b) Pondok itu kami masuki
c) Aku akan pergi ke sana
c) Ke sana akan aku pergi
d) Kita perlu menyelesaikan masalah itu
d) Masalah itu perlu kita selesaikan
e) Saya membeli sebuah basikal
e) Sebuah basikal saya beli

8)      Ayat pasif diri kedua ialah ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri kedua seperti anda, engkau, awak, kamu, dan sebagainya
9)      Kata ganti diri kedua engkau boleh disingkatkan menjadi kau- dan hendaklah dicantumkan pada kata kerja pasif. Contohnya:
a)      Wang itu kausimpan.
b)      Kek itu kau potong.
10)   Kedua-dua ayat aktif dan pasif diri kedua membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza. Contohnya:

Ayat Aktif
Ayat Pasif
a) Anda perlu mengisi boring itu
a) Borang itu perlu anda isi
b) Kamu mesti menyiapkan tugasan itu
b) Tugasan itu mesti kamu siapkan
c) Engkau harus menyampaikan pesanan itu
c) Pesanan itu harus engkau sampaikan
d) Awak perlu menaip surat itu
d) Surat itu perlu awak taip
e) Kalian perlu membersihkan tempat ini
e) Tempat ini perlu kalian bersihkan

11)  Ayat pasif diri ketiga ialah ayat yang kata kerjanya berawalan di- dan diikuti kata sendi serta kata ganti diri ketiga seperti ia, beliau, baginda, dan sebagainya.
12)  Kata sendi oleh boleh ada dan boleh tiada sesudah kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya:
a)      Pokok pisang itu ditanam oleh Ali.
b)      Pokok pisang itu ditanam Ali.
13)  Kedua-dua ayat aktif dan pasif diri ketiga membawa maksud yang sama     walaupun bentuknya berbeza. Contohnya:

Ayat Aktif
Ayat Pasif
a) Ayah menebas semak samun di belakang rumah
a) Semak samun di belakang rumah sudah ditebas oleh ayah
b) Dia sedang menjahit baju yang koyak itu
b) Baju yang koyak itu sedang dijahit olehnya
c) Beliau Akan Merasmikan acara sukan itu
c) Acara sukan itu akan dirasmikan oleh beliau
d) Baginda meminta rakyat supaya bersatu padu
d) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersatu padu
e) Mereka sedang membaiki jambatan yang rosak itu
e) Jambatan yang rosak itu sedang dibaiki oleh mereka

Friday, November 23, 2012

ABM - SUKU KATA KV

Suku Kata KV

Kad suku kata KV dengan vokal a,e,i,o,u, berbentuk bunga yang menarik, terdiri daripada bunga matahari yang besar dan kecil. Caranya cikgu-cikgu perlu mengunting bunga yang kecil untuk ditampal dibahagian bunga kecil di bunga yang besar. 

Thursday, November 22, 2012

Contoh Karangan: 
Peranan ibubapa dalam Mengurangkan Gejala Sosial 

   Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja yang terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar. Isu inimenjadi suatu isu yang hangat diperkatakan dan sering menjadi buah mulut orang ramai. Antara penyakit sosial yang dimaksudkan ialah gejala vandalism, buli dan ponteng. Keutuhan institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga institusi keluarga diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgaku diadakan secara besar-besaran. Program ini menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk memastikan keutuhan institusi keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagimenghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala sosial.

      Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.

    Golongan remaja perlulah dibekalkan dengan didikan agama dan moral yang sempurna . Ibu bapa perlulah menekankan kepentingan ajaran agama terhadap pembentukan mental remaja kerana didikan agama dan moral dapat menjamin bahawa remaja akan dapat membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk dan seterusnya mendorong remaja mengawal tingkah laku mereka. Tanggapan sesentengah ibu bapa bahawa tanggungjawab mereka tidak lebih daripada menyekolahkan dan menyediakan makan minum anak-anak tidak benar sama sekali. Mereka juga harus memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat ajaran agama yang sempurna. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk membekalkan ajaran agama kepadaanak-anak mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama yang dibekalkan kepada remaja dapat memastikan bahawa anak-anak mereka mempunyai benteng diri yang kukuh untuk menolak ajakan rakan-rakan untuk melibatkan diri dalam apa-apa tindakan yang mampu memburukkan imej diri dan merosakkan nama baik sesebuah keluarga.

     Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak mereka tidaklah Bagai me ncurahkan air ke daun keladi.  Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalah remaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wang ringgit.

     Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka . Ibu bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apa kelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini, golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masa depan mereka.

    Kesimpulannya, gejala sosial yang menjadi duri dalam daging perlu dihapuskan dari akar umbinya kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Ibu bapa perlulah mengambil langkah-langkah yang drastik dan berkesan bagi memastikan golongan remaja tidak akan menjangkiti sebarang penyakit sosial kerana remajalah yang akan mencorakkan negara pada masa hadapan. Mereka harus dibimbing agar akan menjadi modal insan yang berintegriti dan berwawasan. Secara tidak langsung, impian negara untuk melahirkan golongan yang berminda  kelas pertama akan dapat direalisasikan.

Tuesday, November 20, 2012

Ayat Seruan

1)      Ayat seruan ialah ayat yang disertai kata seru seperti aduh, amboi, eh, ah, wah, wahai, oh, cih, dan sebagainya serta diakhiri tanda seru (!). Contohnya

Kata Seru
Ayat Seruan
Aduh
1)  Aduh, sakitnya perutku!
2)  Aduh, cantiknya lukisan ini!
Aduhai
1)      Aduhai, malang sungguh nasibku!
2)      Aduhai, sampai begini sekali nasib kita!
Ah
1)      Ah, alangkah leganya hatiku!
2)      Ah, Aku tidak mahu!
Cih/Cis
1)      Cih, tak tahu malu!
2)      Cis, berani kamu main aku!
Eh
1)      Eh, kamu rupa-rupanya yang dating!
2)      Eh, kamu pun ada di sini!
Hai
1)      Hai, lama kita tidak berjumpa!
2)      Hai, nama saya Ali!
Nah
1)      Nah, inilah yang kunanti-nantikan!
2)      Nah, ambil pensel ini!
Oh
1)      Oh, sanggup kamu berbuat begitu!
2)      Oh, baru aku teringat!
Wah
1)      Wah, besarnya rumah kamu!
2)      Wah, tingginya bangunan itu!
Wahai
1)      Wahai saudaraku, mengapa termenung!
2)      Wahai adik-adikku, patuhilah nasihat ibu bapa kita!

3)      Ada katanya kata seru tidak disertai kata seru tetapi diakhiri tanda seru (!). Contohnya
a)      Syabas!
b)      Tahniah!
c)      Selamat datang!
                 

Monday, November 19, 2012

Kata Tanya
1)      Dugunakan untuk membentuk ayat Tanya
2)      Terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu
a)      Kata ganti Tanya
b)      Kata keterangan Tanya
c)      Kata bilangan Tanya
3)      Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat Tanya
4)      Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat
5)      Contoh: Apakah nama kucing kamu?
Kata Tanya
Pengunaannya
Ayat Contoh
Apa
Digunakan untuk menanya nama benda atau binatang
a)      Apakah nama kucing kamu?
b)      Itu apa?
Berapa
Digunakan untuk menanya bilangan
c)      Baju ini berapaharga?
d)      Kertas di dalam kotak ada berapa keeping?
Mana
Digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda, tempat
e)      Di manakah kamu tinggal?
f)        Pulau ledang terletak di mana?
Siapa
Digunakan untuk menanyakan orang
g)      Siapakah nama adik kamu?
h)      Engkau ini siapa?
Bagaimana
Digunakan untuk menanyakan cara atau keadaan
i)        Bagaimanakah keadaan emak kamu?
j)        Bagaimanakah membuat nasi tomato?
Bila
Digunakan untuk menanyakan masa
k)     Bilakah kamu sampai?
l)        Bilakah acara itu berlangsung?
Mengapa
Digunakan untuk menanyakan sebab
m)    Mengapakah merea bergaduh?
Kenapa
Digunakan untuk menanya sebab
n)      Kenapakah kamu gagal dalam ujian?

Friday, November 16, 2012

Kata Ganda

Kata Ganda Seluruh
1)      Digunakan pada kata dasar yang diulang atau digandakan seluruhnya
Contoh bunga – bunga-bungaan
2)      mesti diberi tanda sempang (-)
3)      menyatakan makna
a)      Jamak atau banyak Contoh buku-buku, batu-batu, bintang-bintang
b)      Tunggal atau satu Contoh anai-anai, oleh-oleh
c)      Banyak yang bersifat Contoh mahal-mahal, murah-murah, merah-merah
d)      Menguatkan keterangan Contoh sunguh-sungguh, baik-baik

Senarai Kata Ganda Seluruh
Jenis
Kata Ganda Seluruh
Contoh
Kata Nama
Anai-anai, gula,gula, mata-mata, rama-rama, kanak-kanak, kura-kura, labah-labah, laying-layang
a)      Labah-labah itu sedang membuat sarang
b)      Layang-layangterbang tinggi

Kata Adjektif
Besar-besar, cantik-cantik, mahal-mahal, murah-murah, sihat-sihat, tebal-tebal
c)      Rumah disitu besar-besar
d)      Makanan itu enak-enak
Kata Kerja
Baring-baring, duduk-duduk, makan-makan, tidur-tidur
e)      Abang baring-baringselepas makan
Kata Keterangan
Betul-betul, erat-erat, hampir-hampir, jarang-jarang, pagi-pagi, malanm-malam, renyai-renyai
f)        Pagi-pagi ibu sudah bangun
g)      Hujan turn renyai-renyai
Kata Nama Terbitan
Pemberita-pemberita, soalan-soalan
h)      Pemberita-pemberita berkumpul didewan persidangan semasa kerajaan mengadakan persidangan

 Kata Ganda Separa
1)      Terbentuk dengan cara menyingkatkan bahagian pertama daripada kata ganda seluruh.
2)      Menyataka makna
a)  Jamak atau banyak Contoh dedaun, geguli
b)  Tunggal atau satu Contoh lelabu, pepijat
c)   Menyerupai sesuatu Contoh kekuda, bebola, sesiku

Senarai Kata Ganda Separa
Senarai Kata Ganda Separa
Contoh
Bebalai,bebarau,bebawang,bebenang,
bebola,bebotok,bebuli,bebuluh,
cecair,cecawi,cecekak,dedali,dedalu,
dedamak,dedaru,dedawai,dedaun,dedaup,
gegasing,gegendang,jejaka,jejala,jejamong,
jejamu,jejari,jejentik,jejuang,kekabu,
kekacang,kekapas,kekara,kekepuk
,kekili,kekisi,kekunci,lelabah,lelabu,lelabi,
lelada,lelaki,lelayang,leletup,lelumba,memaya,
pepanggil,peparu,pepejal,peperam,pepenjuru,
pepijat,pepuyu,rerambut,reriang,reribu,reruku,
sesagin,sesekat,sesendal,sesendi,sesentih,sesiku,
sesumpit,sesungut,tetamu,tetangga,tetuang,tetuban,
tetulang,tetupai,tetambak,tetingkat
a)      Pepatung itu hinggap di batang kayu
b)      Komputer itu tidak boleh digunakan keranatetikusnya rosak
c)      Mereka bermainlelayang di padang
d)      Lelangitabang berdarah kerana tertusuk tulang

Kata Ganda Bersajak
1)      Kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima)
a)      Di pangkal – Contoh: batu-batan, lalu-lalang, keluh-kesah
b)      Di Hujung – Contoh: kuih-muih, comot-momot, segar-bugar
c)      Seluruhnya – Contoh: kusut-masai, rumput-rampai, huru-hara
2)      Kata ganda bersajak mesti disertai tanda sempang (-)

Senarai Kata Ganda Bersajak
Persamaan Bunyi
Kata Ganda Bersajak
Contoh
Di pangkal
Bengkang-bengkok, degap-degup, gerak-geri, dentam-dentum, desas-desus, gembar-gembur, jongkang-jongket, kayu-kayan, keluh-kesah, kembang-kempis, kenduri-kendara, lalu-lalang, lekak-lekuk, mandi-manda, remuk-redam, serda-serbi, sedu-sedan, sorak-sorai, tanah-tanih, beli-belah, corat-coret
a)      Gerak-geri mereka sudah lama diperhati oleh pihak polis
b)      Sorak-sorai orang ramai kendengaran apabila beliau selesai berucap
c)      Ramai orang yang lalu-lalangdi jalan ini apabila musim perayaan
d)      Ada desas-desus bahawa beliau akan meletakkan jawatan
e)      Mereka mandi-manda di kawasan sungai itu
Di hujung
Awan-gemawan, calar-balar, carut-marut, cerai-berai, comot-momot, cirit-birit, gilang-gemilang, kaya-raya, karut-marut, kuih-muih, lauk-pauk, pindah-randah, punah-ranah, ramah-tamah, saki-baki, sayur-mayur, segar-bugar, serta-merta, terang-benderang, tunggang-lalang, turun-temurun, anak-pinak. Warna-warni, gelap-gelita
f)        Buah-buahan yang baru dipetik itu segar-bugarbelaka
g)      Adik-beradiknya ramah-tamah belaka
h)      Kuih-muih itu sedap-sedap balaka
i)        Cerita karut-marut itu hanya untuk menakutkan orang
Seluruhnya
Beras-petas, bolak-balik, compang-camping, dolak-dalih, gopoh-gapah, gunung-ganang, bukit-bukau, gundah-gulana, hari-biru, hiruk-pikuk, huyung-hayang, kacau-bilau, kusut-masai, kumat-kamit, lambat-laun, lintang-pukang, mundar-mandir, pontang-panting, porak-peranda, rempah-ratus, riuh-rendah, rumput-rampai, suku-sakat, sunyi-sepi, tindak-tanduk, ulang-alik, huru-hara, tungkus-lumus, saudara-mara, kejar-mengejar, tawar-menawar, kata-mengata, semak-samun
j)        Rempah-ratus diperlukan untuk memasak nasi tomato
k)      Mulut ibu kumat-kamitmembaca doa
l)        Perasaan Ali Gundah-gulanasetelah gagal dalam peperiksaan
m)    Abangh ulang-alik ke pejabat dengan menunggang motosikal
n)      Ali gopoh-gapah berlari ke sekolah setelah bangun lewat

Kata Ganda Berimbuhan
1)      Kata ganda yang diberi imbuhan
2)      Kata ganda berimbuhan mesti disertai tanda sempang (-)
3)      Boleh diletakkan
a)      Di awal
b)      Di akhir
c)      Di awal dan di akhir (apitan)
d)      Di tengah sebagai sisipan

Senarai Kata Ganda Berimbuhan
Persamaan Bunyi
Kata Ganda Bersajak
Contoh
Awalan
Berangan-angan, berbaik-baik, berbual-bual, berderet-deret, berduyun-duyun, berlari-lari, berlumba-lumba, berhati-hati-bertukar-tukar, berturut-turut, melihat-lihat, meminta-minta, memicit-micit, menyebut-nyebut, menari-nari, mengiau-giau, terburu-buru, tergagap-gagap, tergesa-gesa, terkelip-kelip, terikut-ikut, tersenyum-ssenyum, terbahak-bahak, tertanya-tanya, tercengang-cengang, terkaku-kaku
a)        Adik ketawa terbahak-bahak apabila menonton program Raja Lawak itu
b)        Dalam perbincangan ini, murid-murid berpeluangbertukar-tukarpendapat
c)        Puan Aminah memicit-micit kepalanya yang sakit
d)        Lampu pelita ituterkelip-kelip lalu padam
e)        Hujan lebat turun selama dua hari berturut-turut

Akhiran
Besar-besaran, baru-baruan, biji-bijian, buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan, harum-haruman, wangi-wangian, hidup-hidupan, kaya-kayuan, kecil-kecilan, mudah-mudahan, orang-orangan, rupa-rupanya, tanam-tanaman, tumbuh-tumbuhan, ubat-ubatan, puji-pujian, rumah-rumahan, bau-bauan
f)          Bunga-bungaan  di taman itu cantik-cantik
g)        Wanita itu membelisayur-sayuran di pasar pagi
h)        Gudang itu mengadakan jualan secara bwesar-besaran
i)          Abang menjual pelbagai barang keperluan secarakecil-kecilan
Apitan
Bersalam-salaman, bertolak-tolakan, berkejar-kejaran, berlari-larian, dahulu-mendahului, faham-memahami, harap-mengharapkan, hormat-menghormati, keanak-anakan, kebiru-biruan, kehijau-hijauan, kemerah-merahan, kehairan-hairanan, kehitam-hitaman, kekuning-kuningan, kemalu-maluan, lengkap-menglengkapi, mencarik-carikkan, nasihat-menasihati, sebaik-baiknya, selama-lamanya, selewat-lewatnya, ziarah-menziarahi, sehari-harian, bersorak-sorakan, kunjung-mengunjungi, melambat-lambatkan
j)          Rakyat Malaysia hiduphormat-menghormati
k)        Kami akan tiba selewat-lewatnya padapukul 8 malam
l)          Anak-anak kucing ituberkejar-kejaran di halaman rumah
m)      Dari jauh, pulau itu kelihatan kehijau-hijauan
n)        Mukanya kemerah-merahan apabila berlari di bawah matahari
Sisipan
Jari-jemari, gilang-gemilang, tali-temali, tulang-temulang, turun-temurun
o)        Majlis hari lahir anak hartawan itu berlangsunggilang-gemilang
p)        Ahli arkeologi itu menemui tulang-temulang yang berusia beribu-ribu tahun