Cute Angel - Busy Cute Angel Blowing Horn

Bahasa Melayu

Sunday, December 2, 2012


Contoh Karangan: Menyemaikan tabiat suka membaca 

                               dalam kalangan anak-anak.
                
                               Huraikan pernyataan di atas.

      Ibu bapa mempunyai peranan utama dalam menyemai sikap suka membaca dalam jiwa anak-anak. Mereka merupakan individu yang penting dalam kehidupan anak-anak itu. Jadi, ibu bapa boleh melakukan pelbagai tindakan yang positif untuk memastikan minat membaca dalam diri anak-anak mereka wujud.

      Pertama, ibu bapa boleh menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Maknanya, ibu bapa sendiri hendaklah mempunyai minat membaca terutama ketika berada di rumah pula. Tindakan ibu bapa membaca di rumah boleh menjadi ikutan bagi anak-anak kerana mereka melihat ibu bapa sebagai orang yang penting dalam hidup.

      Malah, ibu bapa boleh menasihati anak-anak mereka tentang kepentingan membaca itu dalam kehidupan manusia. Membaca boleh dijelaskan sebagai satu tindakan yang memudahkan seseorang itu untuk memperoleh ilmu. Ibu bapa juga boleh menerangkan bahawa kebanyakan orang yang berjaya ialah orang yang rajin membaca.

      Ibu bapa juga boleh menanam sikap suka membaca dengan membelikan anak-anak mereka pelbagai bahan bacaan. Ketika sambutan hari lahir anak, hadiah bahan bacaan boleh menjadi hadiah pilihan ibu bapa juga. Bahan bacaan yang dipilih itu mestilah bersesuaian dengan tahap umur anak agar mereka tidak terlalu bosan pula.

      Konklusinya, amalan membaca amat penting dipupuk dalam jiwa anak-anak di Malaysia. Dalam usaha pemupukan ini ibu bapa memainkan peranan awal yang penting juga. Kejayaan ibu bapa mendidik anak agar meminati amalan membaca akan membawa kemunculan satu generasi yang suka membaca di Malaysia pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment